more" /> more" /> more" />
Pipipau: Malaysia's Healthiest Baby Food
  • Search
  • Cart
    • No products in the cart!
  • Offcavas menu
    • HOME
    • ABOUT US
    • BABY FOOD GUIDE
      • Feeding Your Baby – 10 Important Rules for
      • Why Chewing is Important for Baby Speech Development?
      • What is The Right Portion for A Baby Complete Meal?
    • BREASTFEEDING
      • Breastfeeding Guide
    • Online Shop
    • WHERE TO BUY?
      • Retail Partner
      • PipiPau Retailer Partner Program
    • CONTACT
    • BLOG
    • EVENTS
      • INSTABABYFEST SHAH ALAM
Pipipau: Malaysia's Healthiest Baby Food
  • ABOUT
  • BABY FOOD GUIDES
    • Feeding Your Baby – 10 Important Rules for
    • Why Chewing is Important for Baby Speech Development?
    • What is The Right Portion for A Baby Complete Meal?
  • BREASTFEEDING
    • BREASTFEEDING GUIDE
  • WHERE TO BUY?
    • ONLINE SHOP
    • RETAIL PARTNER
    • PIPIPAU RETAIL PARTNER PROGRAM
  • CONTACT
  • BLOG
  • ONLINE STORE

Awas! Bahaya garam dan gula kepada bayi.

Home Uncategorized Awas! Bahaya garam dan gula kepada bayi.
Uncategorized

Awas! Bahaya garam dan gula kepada bayi.

March 27, 2018
By pipipau
0 Comment
6484 Views

“Kenapa bayi bawah 1 tahun tak boleh makan garam dan gula? Kenapa? Kenapa? Kasihannya anakku, makan tanpa garam dan gula. Tak sedap. Tawar. Ala bolehlah secubit garam saja”.  

Situasi ini timbul apabila ibu hendak beri anak makan kali pertama. Semasa bayi makan kali pertama, ada yang menerima dan ada yang menolak. Sesetengah ibu berfikir bayinya menolak kerana rasa makanan yang tawar.  Sebenarnya ia merupakan sesuatu yang baru untuk bayi terima kerana selama 6 bulan yang lepas, bayi hanya minum susu ibu atau susu formula.

Kenapa garam dan gula tidak baik untuk kesihatan bayi? Setiap hari, bayi hanya memerlukan garam kurang daripada 1g (0.4g natrium) kerana bayi sudah mendapat garam yang cukup daripada susu ibu atau susu formula. Jika banyak makan garam maka bayi akan mengalami tekanan darah tinggi apabila dewasa terutamanya jika ia merupakan warisan keluarga turun temurun. Seterusnya, dehidrasi di dalam badan bayi. Jika terlebih garam dalam badan bayi, ia boleh mengganggu sistem buah pinggang si kecil. Organ tersebut gagal berfungsi dengan baik. Hal ini kerana organnya belum matang untuk mampu menampung lebihan garam atau “kidney overload”.

Tambahan pula, perkara yang paling PENTING adalah jangan campurkan makanan bayi dengan makanan untuk kanak-kanak kerana makanan kanak-kanak diproses dan mengandungi garam. Makanan yang diproses tidak sesuai untuk bayi. Orang dewasa dan kanak-kanak makan makanan segera seperti pai, biskut, keropok, sup, sos dan piza. Makanan yang sesuai untuk bayi yang berusia bawah dua tahun kebiasaannya mempunyai kandungan garam yang sangat rendah seperti buah, sayur, daging, ayam, ikan, telur, kekacang dan susu ibu. Menurut Sarah Schenker seorang dietitian daripada British Dietetic Association, jangan beri makan bayi makanan yang pra-masak seperti bijirin dan sos pasta kecuali makanan yang memang khusus untuk bayi.

Selain itu, bayi juga mendapat gula yang cukup jika bayi minum melalui susu formula. Keburukan makan gula boleh menyebabkan gigi bayi rosak kerana sisa makanan manis yang terlekat dicelahan gigi.  Bayi boleh mendapat gula melalui pemanis semula jadi yang boleh dicampurkan ke dalam makanan bayi seperti madu (1 tahun keatas), sayuran, bijirin, kacang dan buah-buahan. Dr Hemapriya Natesan, seorang penulis blog menceritakan anaknya enggan makan puri lobak kerana tidak sedap dan dia telah menambah satu jenis rempah ke dalam puri dan anaknya sukakan ia. Dia juga mencadangkan satu jenis rempah dicampur ke dalam makanan bayi sebagai ganti kepada garam dan gula. Contohnya seperti kulit kayu manis, serbuk kunyit dan sebagainya. Kesannya, apabila dewasa, bayi tersebut dijangkiti penyakit diabetes dan obesiti.

Kajian telah dilakukan oleh Universiti Calgary, Kanada dan mendapati 60% kandungan gula dan garam yang tinggi di dalam produk makanan kanak-kanak. American Heart Association menyatakan selama ini mereka hanya membataskan pengambilan garam dan gula untuk orang dewasa dan tiada piawaian kandungan garam dan gula yang sesuai untuk bayi dan kanak-kanak. Justeru, ibu bapa perlu mengehadkan pengambilan makanan-makanan yang manis seperti jem, jeli, sos, sirap, minuman ringan dan yogurt. Kesemua makanan ini mengandungi paras gula yang sangat tinggi.

Tambahan pula, bayi tidak dapat mengenal pasti rasa sayur-sayuran dan berkemungkinan menolak susu ibu kerana lidahnya telah dicemari dengan makanan yang lebih masin, bergula dan berperisa. Jangan letak garam dan gula dalam makanan bayi sehingga bayi berumur satu atau satu setengah tahun. Kalau nak letak juga, TIDAK lebih dari secubit garam.

Kesimpulannya, tabiat makan secara tidak sihat ini perlu dibendung kerana akan mempengaruhi tabiat makan si bayi pada masa akan datang. Kita perlu menetapkan pemakanan yang sihat supaya bekalan zat mencukupi kepada bayi. Tujuannya adalah untuk melatih bayi makan secara sihat. Ibubapa perlulah mengamalkan budaya “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Jika tidak dibendung, bayi akan mengalami gaya hidup yang tidak sihat dan berpenyakit. Happy parenting.

27 Mac 2018

Rujukan

  1. https://www.mylittlemoppet.com/why-no-salt-and-sugar-for-babies-until-1-year-of-age/
  2. https://www.babycentre.co.uk/x555836/can-i-put-salt-in-my-babys-food
  3. https://www.bumpsnbaby.com/why-sugar-salt-babies/
  4. https://parentinghealthybabies.com/why-should-you-avoid-sugar-and-salt-in-your-infants-diet/
  5. http://www.thehealthsite.com/parenting/why-sugar-is-very-bad-for-babies-and-how-to-avoid-sugar-in-baby-food-f0516/
  6. http://www.cbc.ca
Article by pipipau


Previous Story
Preventing the Foodborne Illness for Your Baby
Next Story
Bahaya Alergi Makanan kepada bayi.

Related Articles

Bahaya Alergi Makanan kepada bayi.

   “Food Allergy Research and Education“adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan...

Leave your comment Cancel Reply

(will not be shared)

Follow us

PERTANDINGAN BAYI COMEL PIPIPAU @EXPO BAYI INSTABABYFEST SHAH ALAM

pertandingan bayi comel 2018 shah alam

Baby Food Guides

  • Why Chewing is Important for Baby Speech Development?
  • What is The Right Portion for A Baby Complete Meal?
  • Feeding Your Baby – 10 Important Rules for

Recent Articles

  • Bahaya Alergi Makanan kepada bayi.
  • Awas! Bahaya garam dan gula kepada bayi.
  • Preventing the Foodborne Illness for Your Baby
  • Allergy Triggered Food
  • The Solid Food Progress Timeline

Instagram

Please check the widget data

Facebook

[custom-facebook-feed id=PipiPauMalaysia num=3].
Copyright ©2017 Ayden Global Sdn Bhd. All Rights Reserved