Bahaya Alergi Makanan kepada bayi.
“Food Allergy Research and Education“adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk menyokong komuniti yang alergi kepada makanan dan melalui kajian mereka carta 8 makanan yang 90% dijamin alergi ialah susu, telur, kacang tanah, ikan dan makanan laut.
Alergi makanan berlaku kerana sistem imunisasi badan tidak menerima makanan tertentu dan bertindak melepaskan antibodi “immunoglobulin E” (IgE) yang membebaskan bahan kimia “histamines”. Badan bereaksi dengan menunjukkan simptom-simptom seperti hidung berair, gatal pada mata, ruam-ruam merah pada kulit, bengkak pada bibir, lidah dan tekak, kesukaran untuk bernafas, sakit perut dan muntah-muntah. Simptom yang ditunjukkan kadangkala bersifat ringan atau teruk. Alergi menyerang semua peringkat umur termasuk bayi.
Susunan pemakanan bayi penting untuk mencegah alergi seperti yang dicadangkan oleh EU Scientific Committee on Food (SCF 1991) dengan memberi makan bayi mengikut kesesuaian umur. Jadi, The Nutritional Commission of German Pediatric Society 1996 mengkaji bahawa yang nasi, per, prun, lobak dan epal adalah sesuai diperkenalkan kepada bayi berumur 6 bulan dan diikuti dengan barli, aprikot, daging lembu, gandum, buah plum, bayam, kubis, oat, pisang, ayam, pic, brokoli, daging kambing, lobak, potato, ceri dan jagung. Makanan ini mudah dihadam dan kecenderungan untuk mendapat alergi adalah rendah. Bayi yang berumur 9 bulan diperkenalkan dengan buah beri, kuning telur, ikan dan kekacang. Alergi pada makanan ini bersifat sederhana. Bayi yang berusia 12 bulan boleh diperkenalkan dengan makanan laut dan kacang tanah tetapi reaksi alergi adalah tinggi.
Seterusnya, ibu bapa perlu memberi makanan pejal kepada bayi secara berperingkat untuk melihat reaksi bayi terhadap makanan terutamanya bagi keluarga yang berketurunan alergi makanan. Tambahan pula, alergi boleh datang melalui ibunya bagi yang menyusu dengan ibu kerana pemakanan ibu yang tidak sesuai untuk bayi pada ketika itu. Alergi selalunya menunjukkan kesan dalam masa 24 jam atau bergantung terhadap tahap imunisasi badan bayi. Oleh itu, wujudnya kaedah “4 days wait rule when introducing solid foods to baby” (1 jenis makanan untuk 4 hari dan diulangi dengan menu yang seterusnya).
Kini, ibu bapa memberi makan bayi dengan pelbagai rasa dalam satu tempoh masa yang sama. Amalan “4 days rule” jarang-jarang digunakan ibu bapa moden dan jika ada ahli keluarga mempunyai sejarah dalam alergi makanan, ibu bapa tidak memberi makanan tersebut kepada bayi. Ibu bapa juga perlu merujuk kepada pakar kanak-kanak berkenaan makanan pejal yang sesuai untuk bayi pada peringkat awal.
Konklusinya, para ibu bapa perlulah memilih makanan yang sesuai diberikan kepada bayi sebagai pengenalan makanan supaya pengalaman pertama mereka menjadi indah dan bahagia bukan sengsara. Sekiranya bayi anda mengalami alergi mereka perlu menerima rawatan segera kerana boleh meragut nyawa. Sayangi anak anda.
27 Mac 2018
References
- http://wholesomebabyfood.momtastic.com/allergy.htm
- http://www.allergynutrition.com/
- https://www.foodallergy.org
- https://bebeclub.co.id